Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter pelbagai berdigit.
Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai anlog,fungsi meter ohm digunakan.Dalam keadaan pincang ke depan,nilai bacaan adalah dalam lingkungan di bawah 10 ohm manakala dalam
keadaan pincang songsang bacaan adalah ifiniti.
Apabila meter pelbagai berdigit berdigit digunakan,meter dilaraskan ke fungsi pengujian diod.
Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8V(untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
Dua jenis kerosakan yang sering berlaku kepada diod ialah terbuka dan terpintas.Kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian meter ohm.
Meter pelbagai analog pada fungsi ohm juga boleh digunakan untuk menentukan tamatan diod yang tidak diketahui kekutubannya.
No comments:
Post a Comment